Hizbut Tahrir Malaysia
Laman rasmi Hizbut Tahrir Malaysia, sebahagian daripada sebuah parti politik Islam antarabangsa yang bertunjangkan mabda' (ideologi) Islam. Politik merupakan kegiatannya dan Islam adalah mabda'nya dalam misi mengembalikan kehidupan islam.

Turki dan Uthmaniyyah

Sistem pemerintahan Khilafah Islam telah berakhir di Turki. Ia telah berlaku pada 27 Rejab 1342 Hijrah. Selepas detik hitam itu, berbagai usaha dilakukan oleh pelbagai individu untuk menghapuskan sejarah kegemilangannya dari lipatan sejarah, namun mereka gagal. Turki semasa dibawah kekuasaan Khilafah Uthmaniyyah  pernah menjadi kuasa besar dunia selama berabad-abad lamanya. Oleh itu, ia akan tetap terpahat menjadi sejarah agung Turki walau apa pun keadaan dan corak masa depannya.

Uthmaniyyah adalah salah satu daripada banyak kabilah penunggang kuda yang mula memasuki tanah- tanah kaum Muslimin akibat serangan Monggol. Pahlawan Turki ini kemudiannya memeluk Islam dan mereka telah bergabung dengan komandan pasukan Saljuk yang berasal dari Turki melawan orang-orang Romawi Byzantine.  Pahlawan Turki ini mempunyai kemahiran berperang yang cemerlang dan semangat juang yang tinggi menyebabkan kesultanan Saljuk menghantar mereka sepanjang perbatasan hadapan wilayah kekuasaan Saljuk dengan Byzantine. Ini terbukti apabila kabilah Uthmaniyyah menjadi pasukan yang paling berjaya sehingga mereka menguasai banyak bandar dan kampung yang asalnya dibawah penguasaan Byzantine. Mereka kemudiannya menyatukan pasukan-pasukan yang lain dibawah panji mereka dan menguasai tanah-tanah sekitar  Constantinople sehingga kemuncaknya berlaku pembukaan Constantinople pada tahun 1453M. (Rujuk Nota Kaki)

Tentera Uthmaniyyah kemudiannya menguasai Balkan dan Eropah Timur dengan gaya yang menakjubkan. Kota penting Thessalonika telah ditakluk daripada Venesia pada tahun 1387. Pada tahun 1389, raja-raja Austria, Bulgaria, Bosnia dan Hungary bergabung semasa menyerang Uthmaniyyah tetapi Sultan Murad I menewaskan mereka di Kosovo. Peristiwa ini telah mengejutkan Eropah. Pada tahun 1396, seluruh Eropah termasuk tentera Perancis dan Jerman bertempur melawan Sultan Bayazid Yaldram di Nocipolis tetapi kalah secara menyeluruh dan 20 pemimpin dan pembesar mereka dibawa ke mahkamah Khalifah sebagai tawanan. Sultan Bayazid telah menguasai semua wilayah dari Bosnia sehingga ke Danube. Beliau juga membuka Greece (Athens) pada tahun 1398.

Sebelum pemerintahan Sulaiman al Qanuni berakhir pada tahun 1566, beliau telah memperluaskan sempadan wilayah kekuasaan Islam sehingga ke Eropah Timur yang menjadikan  Belgrade ibukota Serbia dibawah kekuasaan Islam serta memperoleh kembali pulau Greek Rhodes. Beliau telah mengalahkan Louis  II dari Hungary & Bohemia dan menjadikan  sebahagian besar daripada Hungary dibawah kekuasaan Islam. Menjelang tahun 1578, Georgia dan kawasan yang dinamakan hari ini sebagai Romania berada dibawah Islam. Sebelum permulaan abad ke-17,  Uthmaniyyah menjadikan Itali Selatan, Hungary, Austria, Romania, Macedonia, Bulgaria, Albania, Malta, Cyprus, Croatia, Ukraine, Kepulauan Canary, bahagian Iceland dan pulau terbesar di perairan Bristol, England, UK-Lundy, dibawah kekuasaan Islam.

Demikianlah pembukaan (futuhat) yang dilakukan oleh Khilafah Uthmaniyyah dibawah pemerintahan Sulaiman al Qanuni sehingga duta besar Busbecq dari Raja Austria Ferdinand I memberi amaran tentang pembukaan oleh kuasa Islam yang akan berlaku di Eropah : “Di sisi (Turki Uthmaniyyah) adalah sumber-sumber kerajaan yang besar, kekuatan yang tidak terkawal, kemenangan perang yang merupakan kebiasaan, daya tahan kerja, perpaduan, disiplin, ketabahan, dan kewaspadaan. Bolehkah kita meragui hasilnya? Apabila orang Turki telah selesai dengan Parsi, mereka akan terbang ke tenggorok kita yang disokong oleh kekuatan seluruh Timur. Saya tidak berani untuk menyatakan sejauh manakah kita tak bersedia”.

Pencapaian

Khilafah Uthmaniyyah sehingga ke zaman kejatuhannya telah berjaya dalam mengintegrasikan dan mengabungkan bangsa-bangsa yang berbeza di wilayah-wilayah yang baru dibuka. Uthmaniyyah seperti pendahulu mereka telah memberikan kebebasan kepada penduduk bukan Islam dalam perkara perkahwinan, kepercayaan beragama, dan isu-isu peribadi mereka dengan merujuk kepada pemimpin agama mereka sendiri. Akibatnya kawasan yang luas seperti Balkan kekal kebanyakan penduduknya beragama Kristian. Kristian Orthodoks Timur mempunyai kedudukan yang tinggi di sisi Khilafah Uthmaniyyah terutama ketua agama mereka yang tinggal di Istanbul dan menjadi pegawai khalifah.

Sultan Mehmed II membenarkan orang Kristian tempatan tinggal di Constantinople selepas ibukota itu dibuka pada 1453 dan mengekalkan institusi mereka seperti Lembaga Ketua Agama Orthodoks Greek . Pada 1461 Sultan Mehmed II menubuhkan Lembaga Ketua Agama Armenia Constantinople. Sebelum ini Byzantine menganggap Gereja Armenia sebagai sesat dan sebaliknya tidak membenarkan mereka membina gereja didalam dinding kota Constantinople.

Pada tahun 1492, apabila orang Islam dan Yahudi diusir dari Sepanyol semasa Inquisi Sepanyol (Hukuman Tanpa Bicara), Sultan Bayezid II telah menghantar armada tenteranya untuk menyelamatkan mereka dan memberi hak pelindungan kepada pelarian untuk tinggal di wilayah khilafah. Thomas Arnold mengesahkan dalam kajiannya tentang penyebaran Islam: “Walaupun orang Greek lebih unggul berbanding Turki disemua wilayah Eropah , toleransi keagamaan yang diberikan kepada mereka dan perlindungan terhadap kehidupan serta harta yang mereka nikmati menyebabkan mereka merasa lebih damai dengan perubahan kepimpinan dan menyebabkan mereka untuk memilih dominasi Sultan (Khalifah) ke atas mereka berbanding dengan mana-mana kekuasaan Kristian”.

Pengaruh kekuasaan Khilafah Uthmaniyyah di peringkat antarabangsa adalah begitu meluas hinggakan kuasa Eropah datang untuk meminta bantuan kepada Uthmaniyyah. Raja Perancis Francis I telah ditawan semasa peperangan Pavia pada tahun 1525. Kerajaan Perancis merasa terhina atas penangkapan raja mereka, tetapi tentera mereka tidak dapat membebaskan raja mereka lalu mereka mengambil jalan keluar dengan meminta bantuan kepada Khilafah Islam pada masa itu. Mereka telah menghantar utusan bagi pihak raja Perancis pada 6 Disember 1525. Utusan itu telah bertemu khalifah Sulaiman al Qanuni. Beliau telah menyambut baik kedatangan utusan Perancis dan menyampaikan pada utusan itu surat yang berbunyi: “Kami telah menerima surat yang disampaikan oleh utusan anda dimana anda menyatakan musuh telah menyerang negara anda dan raja anda telah dipenjarakan dan meminta pertolongan kami untuk membebaskan raja anda  dan kami akan tunaikan permintaan anda. Oleh itu, bertenanglah dan jangan bimbang”. Khilafah telah menggunakan kekuatan  antarabangsa dan kekuatan tenteranya untuk menyelamatkan raja Perancis dan memberi sumbangan yang berkesan terhadap pembebasannya. Khalifah kaum muslimin telah membantu Perancis tanpa meminta sebarang pampasan, tanpa mengambil atau menduduki atau menuntut sebahagian Perancis atau menjajah mana-mana kawasan kekuasaan Perancis sebagai balasan atas pembebasan raja tersebut. Sebaliknya ianya dilakukan sebagai menyantuni perbuatan yang terpuji.

Pada tahun 1783 kapal laut Amerika Syarikat (AS) yang pertama mula belayar di perairan antarabangsa dan dalam masa dua tahun mereka telah ditangkap oleh tentera laut Uthmaniyyah berhampiran Algeria. Pda tahun 1793 , 12 lagi kapal laut AS ditangkap. Pada bulan Mac 1794, Kongres AS membenarkan Presiden Washington membelanjakan sehingga 700,000 syiling emas untuk membina kapal keluli yang kuat yang akan menentang  tentera laut  Uthmaniyyah. Namun setahun  kemudian AS menandatangani Perjanjian Barbary untuk menyelesaikan ancaman Uthmaniyyah. Barbary adalah istilah meliputi wilayah Afrika Utara  dari Algeria, Tunisia dan Tripoli dibawah pemerintahan Uthmaniyyah. Syarat-syarat perjanjian adalah:

  1. Perjanjian ini akan menyebabkanAS menanggung kos dengan bayaran sekaligus sebanyak $US 992, 463 dalam nilai setara emas.
  2. Kapal-kapal AS yang ditahan akan dikembalikan dan Tentera Laut AS dibenarkan untuk belayar di Lautan Atlantik dan Laut Mediteranian.
  3. Sebagai balasan kerajaan AS akan membayar $US 642, 000 dalam nilai setara emas.
  4. AS juga akan membayar cukai tahunan sebanyak $US 12,000 emas dan pengiraan berdasarkan kalendar Islam bukan kalendar Kristian.
  5. Sebanyak $US 585,000 akan dibayar sebagai tebusan bagi pelayar AS yang ditawan.
  6. Sebuah kapal yang tercanggih akan dibina di AS dengan semua kos ditanggung AS dan dihantar kepada Uthmaniyyah sebagai balasan keistimewaan yang diberikan. Sebaik sahaja AS menghantar kapal tersebut, sebenarnya AS telah membayar 3 kali ganda harga anggaran mereka dalam ketetapan perjanjian tersebut. Perjanjian ini ditulis dalam bahasa Turki dan ditandatangani oleh Presiden Washington. Ini adalah satu-satunya dokumen undang-undang AS yang pernah diselesaikan dalam bahasa asing dan satu-satunya perjanjian yang pernah ditandatangani oleh AS yang bersetuju membayar cukai tahunan ke negara lain. Perjanjian ini berterusan sehingga Khilafah dimansuhkan.

Turki Pada Hari Ini

Sejak pemansuhan Khilafah pada tahun 1924, Turki telah menjadi sebuah negara yang tidak mempunyai pengaruh di dunia. Turki telah digunakan oleh kuasa besar  dunia untuk mencapai kepentingan mereka . Turki menyertai NATO dan kini Turki menyediakan tentera yang paling ramai selepas AS kepada  organisasi keselamatan yang melindungi kepentingan AS semasa perang dingin. Walaupun sebahagian besar sejarah Turki adalah menjadi ancaman  kepada Eropah , hari ini Turki cuba sedaya upaya bergabung dengan Kesatuan Eropah ( EU ). Walaupun Turki telah melakukan reformasi dalam menghadapi tuntutan EU, Kesatuan Eropah terus mengulangi pendirian bahwa Turki mesti diberikan keahlian kelas kedua.

Turki mengalami krisis ekonomi setiap dekad sejak berakhirnya Khilafah, ia telah menggunakan setiap krisis untuk membawa pembaharuan demi pembaharuan untuk menyelaraskan negara ke pasaran global, yang dengan hanya sedikit kejayaan. Turki hari ini terlalu jauh dari kedudukan antarabangsa yang pernah dimiliki oleh Khilafah Uthmaniyyah. Turki hari ini digambarkan oleh banyak pemikir sebagai negara yang bangkit, tetapi sebenarnya sejarah baru Turki adalah terus menerus melindungi kepentingan  negara-negara lain (seperti AS), meskipun pada masa dahulu, Turki adalah ancaman kepada Eropah. Ramai beranggapan, ketibaan tentera elit Uthmaniyyah (Janissaries) untuk membuka seluruh Eropah hanyalah menunggu masanya. Yahudi dan kaum minoriti yang lain mengalu-alukan kedatangan tentera Khilafah Uthmaniyyah kerana layanan baik yang mereka terima daripada Khalifah terutamanya yang berkaitan dengan kepercayaan mereka. Oleh itu, Turki yang ada pada hari ni perlu belajar dari sejarah kegemilangan yang pernah dicapainya sautu ketika dahulu.

Terjemahan daripada artikel asal:

Tajuk : Turkey and the Ottomans

Pautan: http://www.khilafah.com/turkey-and-the-ottomans/

Nota Kaki:

Nota kaki ini dipetik dari buku Bangkit  dan Runtuhnya Khilafah Utsmaniyyah,  halaman 12-16 dan halaman 36-37: Edisi Indonesia, Penerbit  Pustaka Al-Kautsar,  Cetakan ke 4 Disember 2011

Di wilayah yang disebut Turkistan (dari dataran tinggi Mongolia dan China Utara di Timur sehingga Laut Qazwin  di Barat, Lembah Siberia di Utara sehingga benua India dan  Parsi di sebelah Selatan) tinggal suku al-Ghizz dan kabilah-kabilahnya yang besar dikenali dengan sebutan Turk. Kabilah-kabilah ini berpindah dari  negerinya ke kawasan Asia Tengah pada separuh abad ke 6M disebabkan dua faktor:

  1. Faktor ekonomi : Kemarau yang panjang dan banyaknya keturunan. Mereka berpindah untuk mencari rumput dan padang ragut serta kehidupan yang lebih baik di kawasan yang baru.
  2. Faktor Politik: mendapat ancaman keras dari beberapa kabilah yang lebih besar jumlahnya dan kekuatan iaitu kabilah Mongolia.

Mereka bergerak menuju ke Barat dan  berhenti di pinggiran sungai Jaihun kemudian menetap beberapa lama di Tibristandan Jurjan yang dekat dengan wilayah- wilayah kekuasaan Islam yang ditakluk oleh kaum Muslimin setelah peperangan Nahawand dan juga jatuhnya pemerintahan Sasanid di Parsi pada tahun 641M pada zaman pemerintahan Umar al-Khattab.

Pada tahun 642M tentera Islam telah bergerak ke wilayah yang didiami oleh orang-orang Turk. Terjadilah interaksi dengan umat Islam dan orang-orang Turk pun memeluk Islam dan bergabung dengan barisan mujahidin untuk menyebarkan Islam. Pada masa khalifah Uthman Affan negeri Thibristan dan Turkistan telah dibuka dan masuklah sejumlah besar orang-orang Turk ke dalam Islam dan mereka menjadi bahagian yang sangat penting dalam jihad di jalan Allah di seluruh dunia. Pada masa khalifah Muawiyah Abu Sufyan  tentera Islam berhasil membuka wilayah Bukhara, Samarkand sehingga wilayah-wilayah Asia Tengah dibawah kekuasaan Islam yang adil dan mereka hidup dengan peradaban Islam yang cemerlang. Jumlah orang-orang Turk semakin ramai pada masa pemerintahan Khilafah Abbasiah dalam bidang ketenteraan dan pentadbiran. Pada masa khalifah Muktasim, beliau telah memberikan kedudukan yang tinggi dan penting dalam pentadbiran bagi mengurangkan pengaruh orang-orang Parsi yang menguasai bidang pentadbiran sejak pemerintahan khalifah al-Makmun. Akhirnya orang-orang Turk mampu mendirikan sebuah pemerintahan Islam yang memiliki hubungan yang kuat dengan para Khalifah Abbasiah yang kemudian dikenali dengan kesultanan Saljuk.

Kesultanan Saljuk telah mendokong sepenuhnya pemerintahan Abbassiah yang sunni yang hampir runtuh saat berada dibawah pengaruh kaum syiah Buwaihi di Iran dan Iraq dan Bani Fatimiyyah al Ubaidi di Mesir dan Syam ketika berlaku pertarungan wilayah dengan khilafah Fatimiyyah yang Syiah. Kesultanan Saljuk mampu menghancurkan pengaruh Buwaihi dan Fatimiyyah Ubaidi. Maka berlakulah penyatuan orang-orang Saljuk-Turk dalam sebuah pemerintahan yang kuat.

Garis keturunan bani Uthmaniyyah bersambung pada kabilah Turkmaniyyah yang mendiami Kurdistan pada awal abad 13M . Mereka berkerja sebagai pengembala. Akibat serangan orang-orang Mongolia dibawah pimpinan Gengjis Khan ke Iraq dan wilayah-wilayah Asia kecil maka Sulaiman, datuk kepada Uthman melakukan hijrah menuju Anatolia dan menetap di kota Akhlath.  Setelah beliau meninggal dunia, puteranya iaitu Urthughril bapa kepada Uthman bergerak sampai Barat Laut Anatolia bersama  sekitar 100 keluarga dikawal lebih dari 400 penunggang kuda. Ketika menghindari serangan orang-orang Mongolia beliau telah memberi bantuan kepada komandan pasukan Saljuk melawan orang-orang Romawi dari Empayar Byzantine sehingga pasukan kaum Muslimin beroleh kemenangan. Setelah itu berlakulah persekutuan antara Saljuk dan Turk. Setelah Urthughril meninggal dunia, lahirlah Utsman pendiri Khilafah Uthmaniyyah. Tahun kelahirannya bersamaan dengan serangan pasukan Mongolia dibawah pimpinan Hulagu Khan menyerbu kota Baghdad pada zaman khilafah Abbasiah yang merupakan tragedi paling kejam dalam sejarah kaum muslimin.