Hizbut Tahrir Malaysia
Laman rasmi Hizbut Tahrir Malaysia, sebahagian daripada sebuah parti politik Islam antarabangsa yang bertunjangkan mabda' (ideologi) Islam. Politik merupakan kegiatannya dan Islam adalah mabda'nya dalam misi mengembalikan kehidupan islam.

Kenyataan Media: Dakwah Hizbut Tahrir Tidak Akan Terkesan Dengan Apa Jua Keputusan Mahkamah

Kenyataan Media

Dakwah Hizbut Tahrir Tidak Akan Terkesan Dengan Apa Jua Keputusan Mahkamah

Semalam (6 Jun 2017), Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah menolak permohonan Semakan Kehakiman yang difailkan oleh Hizbut Tahrir / Malaysia (HTM) untuk mencabar keputusan Menteri Dalam Negeri yang menolak rayuan pendaftaran HTM sebagai sebuah pertubuhan yang sah di Malaysia. Mahkamah memutuskan bahawa Menteri Dalam Negeri telah bertindak dengan betul dan sesuai dengan undang-undang dalam menolak rayuan pendaftaran tersebut. Keputusan yang berpihak kepada Menteri Dalam Negeri tersebut telah disampaikan oleh Hakim Datin Azizah Nawawi, yang menolak kesemua hujah yang dikemukakan oleh peguam HTM dalam kes ini. Hakim juga telah memerintahkan HTM membayar kos kepada Menteri Dalam Negeri sebanyak RM10,000.

Kami sesungguhnya tidak terkejut sedikitpun dengan keputusan yang memang telah dijangka ini. Jika anda melawan Menteri Dalam Negeri di mahkamah, apakah yang anda jangkakan? Kami membawa kes ke mahkamah dalam rangka menuntut hak kami yang dinafikan oleh mereka yang mendakwa diri mereka sebagai penganut demokrasi yang berpegang kepada hak asasi manusia dan keadilan. Dengan keputusan ini, terbukti bahawa keadilan dan hak asasi manusia yang mereka pegang dan laungkan selama ini hanyalah pegangan dan laungan kosong semata-mata. Dalam menolak pendaftaran HTM, Menteri Dalam Negeri memberikan alasan bahawa HTM “mungkin digunakan bagi apa-apa maksud yang memudaratkan atau yang bertentangan dengan keamanan, kebajikan, keselamatan, ketenteraman awam, ketenteraman atau akhlak di dalam Persekutuan, berikutan maklumat yang diterima daripada Jabatan Agama Islam Negeri Selangor bahawa fahaman dan ajaran Hizbut Tahrir telah diputuskan oleh Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor (Kali 1/2014) sebagai bercanggah dan menyeleweng daripada ajaran Islam yang sebenar menurut pandangan Ahli Sunah Wal Jamaah.”

Sungguh janggal apabila hujah Menteri yang mengatakan bahawa HTM “mungkin digunakan bagi apa-apa maksud yang memudaratkan atau yang bertentangan dengan keamanan, kebajikan, keselamatan, ketenteraman awam, ketenteraman atau akhlak di dalam Persekutuan” boleh menjadi penyebab kepada penolakan pendaftaran. Ini kerana, realitinya, sejak kewujudan HTM di Malaysia pada akhir 1990-an sehingga kini, telah terbukti bahawa HTM tidak pernah seperti itu. Malah hal ini merupakan suatu fakta yang sangat dimaklumi oleh Menteri dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) sendiri. Alasan “mungkin digunakan” itu sendiri sebenarnya amat lemah kerana ia hanya berdasarkan agakan atau prasangka semata-mata, bukannya berdasarkan bukti! Mana mungkin perjuangan HTM yang ingin menegakkan hukum Allah (swt) secara kaffah dengan mendirikan kembali Daulah Khilafah ar-Rasyidah ala minhaj nubuwwah dengan menuruti jejak langkah Rasulullah (saw), boleh dituduh seperti itu? Bukan sahaja di Malaysia, malah perjuangan Hizbut Tahrir di seluruh dunia adalah melalui jalan dakwah secara intelektual dan politik, telah pun terbukti dan diketahui umum berjalan dengan aman. Jadi, alasan Menteri dalam menolak rayuan pendaftaran HTM sebenarnya hanyalah sebuah spekulasi dan ketakutan Menteri terhadap bayang-bayang sendiri! Maka, apakah munasabah, sesuai undang-undang, benar dan adil untuk menolak pendaftaran HTM hanya kerana pertimbangan spekulasi yang jelas bertentangan dengan realiti!?

Wahai Pak Menteri yang dikasihi! Kami ingin bertanya kenapakah anda merujuk kepada fatwa negeri Selangor yang penuh dengan fitnah, pembohongan, pemesongan dan kekeliruan ke atas Hizbut Tahrir dalam membuat keputusan? Kenapa anda tidak tabayyun (memeriksa dengan teliti) terlebih dahulu dengan berjumpa kami sendiri tentang perkara ini? Bukankah Allah (swt) memerintahkan setiap Muslim agar bertabayyun?

﴿ يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِنْ جَاءَكُمْ فَاسِقٌ بِنَبَإٍ فَتَبَيَّنُوا أَنْ تُصِيبُوا قَوْمًا بِجَهَالَةٍ فَتُصْبِحُوا عَلَى مَا فَعَلْتُمْ نَادِمِينَ

“Wahai orang-orang yang beriman, jika datang kepada kalian orang fasik membawa suatu berita maka periksalah dengan teliti, agar kalian tidak menimpakan suatu musibah atas suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kalian menyesal atas perbuatan kalian itu.”
[Al-Hujurat (49):6].

Wahai Menteri Dalam Negeri! Anda selalu menonjol dengan imej Islam, lalu apakah anda hanya ingin terus menonjol dengan “imej Islam” sahaja, tanpa “mengamalkan” ajaran Islam? Tunjukkanlah bahawa anda seorang Menteri yang berpegang teguh dengan ajaran Islam, sesuai dengan imej yang anda tonjolkan. Datanglah kepada kami atau jemputlah kami dan kita adakan perbincangan terlebih dahulu berkenaan “fahaman dan ajaran Hizbut Tahrir” manakah yang menyeleweng daripada Ahli Sunah Wal Jamaah, barulah anda membuat keputusan. Inilah yang sebaiknya bagi anda, bukan hanya mendengar maklumat (fitnah) sebelah pihak dan terus membuat  keputusan tanpa tabayyun!

Wahai Pak Menteri yang dikasihi! Kami juga ingin bertanya kenapa anda mengamalkan “double standard” dalam keputusan anda? Kenapa parti-parti lain seperti Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Parti Amanah Negara (Amanah) dan Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan) boleh didaftarkan dengan cukup-cukup mudah? Malah Parti Sosialis Malaysia (PSM) yang kerajaan Malaysia sendiri tidak bersetuju dengan ideologinya (sosialis) pun boleh didaftarkan. Lalu kenapa parti Islam, Hizbut Tahrir Malaysia ditolak pendaftaran sehingga empat kali? Namun demikian, sukalah kami mengingatkan bahawa usaha dakwah Hizbut Tahrir untuk mengembalikan kehidupan Islam dengan jalan menegakkan kembali Negara Khilafah al-Rasyidah ala minhaj nubuwwah bukanlah bergantung kepada kejayaan atau kegagalan pendaftaran kami. Kekalahan kami dalam kes mahkamah bukanlah bermakna yang kami salah dan kemenangan Menteri bukanlah bermakna yang Menteri benar. Sesungguhnya salah dan benar itu diukur dengan Al-Quran dan Al-Sunnah dan bukan dengan keputusan mahkamah. Apa gunanya mencapai kemenangan apabila menyalahi Al-Quran dan Al-Sunnah!?

Ingin kami tegaskan bahawa penolakan mahkamah terhadap permohonan Semakan Kehakiman HTM ini tidak akan memberi apa-apa kesan kepada dakwah Hizbut Tahrir. Insya Allah dakwah Hizbut Tahrir akan berjalan seperti biasa, malah akan lebih gencar lagi. Penolakan ini malah menjadi penguat semangat dan tekad kami betapa sistem sekular yang sedia ada di Malaysia ini perlu diganti dengan segera dengan sistem Islam sebagai satu-satunya sistem yang akan memberi keadilan kepada semua pihak. Sesungguhnya dakwah ini merupakan sebuah kewajipan, sama sebagaimana kewajipan solat dan puasa. Kita tidak memerlukan izin daripada manusia untuk melakukan kewajipan ini, kerana keizinan (malah perintah) untuk dakwah, puasa dan solat itu datangnya daripada Allah (swt). Kita yakin dan percaya bahawa apabila halangan terhadap dakwah itu semakin kuat, sesungguhnya kemenangan itu sudah semakin dekat. Maka beruntunglah orang-orang yang berjuang dan celakalah orang-orang yang menghalang. Wallahu a’lam.

Abdul Hakim Othman

Jurucakap Hizbut Tahrir Malaysia

Rabu, 12 Ramadan 1438 H
07/06/2017 M
Ruj: HTM/PR/07/1438


Press Release

The Da’wah of Hizb ut Tahrir Shall Never be Affected by Any Court’s Decision

Yesterday (6th June 2017), the Kuala Lumpur High Court dismissed a judicial review application by Hizb ut Tahrir / Malaysia (HTM) to challenge the Home Minister’s decision in rejecting HTM’s appeal to register as a legal organization in Malaysia. The court ruled that the Minister had acted correctly and in accordance with the law in rejecting the appeal of the registration. The decision, which is in favour of the Minister, was delivered by Judge Datin Azizah Nawawi, who rejected all the arguments put forward by HTM’s lawyer in this case. The judge also ordered HTM to pay costs to the Minister of RM10,000.

We are certainly not surprised by this duly expected decision. If you fought with the Home Minister in a court, what would you expect? We brought the case to court in order to claim our rights that was denied by those claiming to be the followers of democracy who believe in human rights and justice. With this decision, it is evident that justice and human rights that they hold dear are nothing but empty slogans. In rejecting the registration of HTM, the Home Minister reasoned that HTM is “likely to be used for purposes prejudicial to or incompatible with peace, welfare, security, public order, good order or morality in the Federation, following the information by the Selangor Islamic Religious Department that the beliefs and teachings of Hizb ut-Tahrir has been decided by the Selangor Fatwa Committee Meeting (1/2014) to be contradictory and deviating from the true teachings of Islam according to Ahli Sunnah Wal Jamaah”.

It is obviously strange when the denial of registration is based upon the minister’s argument that HTM is “likely to be used for purposes prejudicial to or incompatible with peace, welfare, security, public order, good order or morality in the Federation” where as a matter of fact, it has been clearly proven that HTM, which has existed in Malaysia since late 1990s until now, has never been as such and this is a well-known fact to the Minister and the Royal Malaysian Police (RMP) themselves. The argument “likely to be used” itself is actually very weak because it is based on guesses or prejudices alone, and not by evidence! How could the work of Hizb ut Tahrir to implement the entire law of Allah (swt) by re-establishing the Righteous Caliphate upon the method of the Prophethood, by following the footsteps of Rasulullah (saw) be accused as such? The da’wah of Hizb ut Tahrir around the world, not only in Malaysia, has been carried out intellectually, politically and peacefully and it speaks for itself. Hence, the Minister’s ground in rejecting the appeal of registration of HTM is purely speculative and manifests that the Minster is just fearing his own shadow! So, is it reasonable, law-compliance, correct and fair to refuse HTM’s registration on speculative consideration that contradict reality!?

Dear Mr. Minister! We want to ask you, why are you referring to the fatwa of the State of Selangor which is full of defamation, lies, distortions and confusion on Hizb ut Tahrir in making your decision? Why did you not carry out the process of tabayyun (verification) by coming to us on this matter? Has Allah not ordered all Muslims to do it?

﴿يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِنْ جَاءَكُمْ فَاسِقٌ بِنَبَإٍ فَتَبَيَّنُوا أَنْ تُصِيبُوا قَوْمًا بِجَهَالَةٍ فَتُصْبِحُوا عَلَى مَا فَعَلْتُمْ نَادِمِينَ

“O you who have believed, if there comes to you a disobedient one with information, verify it, lest you harm a people out of ignorance and become, over what you have done, regretful.”
[Al-Hujurat: 6]

O Home Minister! You always represent yourself with the image of Islam, but do you just want to keep representing the “image of Islam” only, without “practicing” the teachings of Islam? Do manifest that you are really a minister who adheres to the teachings of Islam, in tandem to the image that you portray. Come to us or invite us, so that we can first hold a discussion on which “beliefs and teachings of Hizb ut Tahrir” has deviated from Ahli Sunnah Wal Jamaah, then you can make your decision. This would be the best course of action that you should undertake and not to just listen to one-sided information (defamation) and make your decision without tabayyun!

Dear Mr. Minister! We also want to ask why are you practicing double standards in your decision? Why is it that other parties such as Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Parti Amanah Negara (Amanah) and Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan) can be registered very easily? Even Parti Sosialis Malaysia (PSM), whose ideology (socialism) is disagreed by the government could be registered! Why then, an Islamic party, Hizb ut Tahrir Malaysia, is denied registration up to four times? Nevertheless, we are pleased to remind you that the da’wah of Hizb ut Tahrir to resume the Islamic way of life by re-establishing the Righteous Caliphate upon the method of the Prophethood is not dependent on the success or failure of our registration. Our failure in the court’s case does not mean that we are wrong. Likewise, the Minister’s victory does not, in any way mean that the Minster is right. Indeed, wrong and right is only measured by Al-Quran and Al-Sunnah, not by the court’s decision. What is the point of winning if that goes against Al-Quran and Al-Sunnah!?

We wish to stress that the court’s dismissal of our judicial review shall not at all have any impact on the da’wah of Hizb ut Tahrir. Our da’wah shall, Insha Allah continue as usual and shall even be accelerated. This decision further inspires us and strengthen our determination and conviction that the existing secular system in Malaysia has to be immediately replaced by the Islamic system, which is the only system that brings justice to all parties. Da’wah is no doubt an obligation, similar to the obligation of prayers and fasting. We do not need permission from man to carry out this obligation, because the permission (in fact an order) to do da’wah, fasting and prayers come from Allah (swt). We are convinced that when the hindrances of this da’wah intensify, the victory is nigh. Fortunate indeed to those who work in this da’wah and woe to those who prevent this endeavour. And Allah knows best.

Abdul Hakim Othman

Spokesperson of Hizb ut Tahrir in Malaysia

07/06/2017 CE
Wednesday, 12th Ramadan 1438 AH
Ref: HTM/PR/07/1438