Hizbut Tahrir Malaysia
Laman rasmi Hizbut Tahrir Malaysia, sebahagian daripada sebuah parti politik Islam antarabangsa yang bertunjangkan mabda' (ideologi) Islam. Politik merupakan kegiatannya dan Islam adalah mabda'nya dalam misi mengembalikan kehidupan islam.

Keganasan AS jauh lebih berbahaya daripada Daesh

LEBIH 40,000 orang dari 110 negara yang sebelum ini bertindak menyertai kumpulan militan Daesh di Iraq dan Syria sejak tahun 2014, kini kembali ke kampung halaman masing-masing atau melarikan diri ke tempat yang lebih selamat.

Menurut laporan portal berita Straits Times di Jakarta pada 24 Oktober lalu, daripada jumlah tersebut, sekurang-kurangnya 5,400 orang telah meninggalkan Daesh dengan kembali ke tanah air masing-masing.

Kesemua mereka itu termasuk penduduk dari 33 negara dari bekas Soviet hingga negara Asia Tenggara seperti Indonesia dan Malaysia.

The Soufan Centrer (TSC), sebuah badan pemikir yang berpusat di New York berkata, militan yang kembali boleh menimbulkan ancaman keselamatan di seluruh dunia. “Tanpa kajian lanjut, sukar untuk dinilai tahap komitmen mereka terhadap Daesh dan minat mereka untuk kembali aktif berbanding sekadar penyokong pasif,” kata TSC.

Sesungguhnya agenda Barat untuk memerangi Islam dan melabelkan umat Islam sebagai pengganas tidak pernah berhenti. Tatkala bersama Daesh, Barat dengan mudah melabelkan mana-mana Muslim yang bersama Daesh sebagai pengganas. Kini, setelah Barat mengakui sendiri bahawa ribuan Muslim telah meninggalkan kumpulan bersenjata itu, Barat mencipta ketakutan lain pula yang Muslim tersebut masih tetap merbahaya walaupun telah meninggalkan Daesh.

Hakikatnya, label pengganas tetap ingin dikekalkan oleh Barat ke atas umat Islam dan Barat ingin seluruh dunia mempunyai pemikiran sepertinya. Dalam masa yang sama Barat dapat mengalih perhatian dunia daripada melihat dan membincangkan keganasan yang dilakukan oleh Barat dan sekutu-sekutu mereka di Syria, Palestin, Yemen, Afghanistan, Iraq dan lain-lain. Padahal Amerikalah yang merupakan pengganas yang sebenar dan jauh lebih berbahaya kepada umat Islam berbanding Daesh.

Munculnya Daesh sebenarnya telah mempermudahkan Barat untuk mencapai pelbagai agenda busuknya ke atas umat Islam, termasuklah menakut-nakutkan dan memesongkan pemahaman masyarakat dunia dengan Khilafah palsu ciptaan Daesh. Namun Insya Allah kita yakin apabila Khilafah ar-Rasyidah ala minhaj nubuwwah yang sedang diperjuangkan oleh Hizbut Tahrir berdiri sedikit masa lagi, segala keganasan dan kejahatan Barat ke atas umat Islam akan berakhir kerana pada waktu itu barulah buku akan bertemu dengan ruas.

Wallahu ‘alam.