Hizbut Tahrir Malaysia
Laman rasmi Hizbut Tahrir Malaysia, sebahagian daripada sebuah parti politik Islam antarabangsa yang bertunjangkan mabda' (ideologi) Islam. Politik merupakan kegiatannya dan Islam adalah mabda'nya dalam misi mengembalikan kehidupan islam.

Q&A – Jawapan yang pasti terhadap orang-orang yang mengatakan bahawa kita tidak diwajibkan untuk mengikuti kaedah Nabi SAW dalam meraih kekuasaan dan membina sebuah negara

Soalan

Assalamu’alaikum, wahai Sheikh kami. Diharapkan agar anda dapat memberikan saya jawapan yang pasti terhadap orang-orang yang mengatakan bahawa kita tidak diwajibkan untuk mengikuti kaedah Nabi SAW dalam meraih kekuasaan dan membina sebuah negara?

Oleh: Ahmad Abu Eid


Jawapan

Wa’alaikumussalam wrbt. Secara ringkasnya, jawapan yang pasti adalah seperti berikut,

Silakan bertanya kepada orang yang mengatakan kita tidak diwajibkan untuk mengikuti kaedah Nabi SAW dalam mencapai kekuasaan soalan-soalan berikut:

  • Apakah dalil yang dicari apabila dia mahu mengambil wudhuk? Bukankah dia akan mencari dalil mengenai wudhuk? Atau adakah dia, sebagai contoh, mencari dalil haji (dalam hal berkaitan wudhuk)? Tentu dia akan menjawab bahawa dia akan mencari dalil mengenai wudhuk

Kemudian tanya lagi kepadanya, apakah dia tidak mencari dalil berkaitan puasa, tatkala dia ingin mengetahui hukum-hakam mengenai puasa? Atau adakah dia mencari dalil mengenai jihad untuk mengetahui bagaimana hendak berpuasa? Tentu dia akan menjawab bahawa dia akan mencari dalil berkenaan puasa apabila dia perlu mengetahui hukum-hakam berkaitan puasa.

Kemudian tanyakan lagi kepadanya, bukankah dia akan mencari dalil berhubung solat apabila dia ingin mengetahui hukum-hakam mengenai solat? Atau adakah dia mencari dalil mengenai zakat? Tentunya dia akan menjawab bahawa dia akan mencari dalil mengenai solat.

Maka jelaslah bahawa dalam mengetahui hukum-hakam dalam apa jua isu, dia pasti akan mencari dalilnya berlandaskan syariah.

Sekarang, bertanyalah kepadanya mengenai hal penubuhan negara (daulah), tidakkah dia akan mencari dail syarak daripada Rasulullah SAW tentang bagaimana hendak menubuhkan negara? Sudah tentu dia tidak akan mencari misalnya, dalil-dalil berhubung jihad, solat, dan puasa. Sebaliknya dia akan mencari dalil mengenai penubuhan negara, dan Nabi SAW telah menubuhkan negara melalui proses thalabun nusrah (meminta pertolongan) dalam fasa interaksi. Oleh itu, jelaslah bahawa kaedah menubuhkan negara adalah dengan mencari nusrah (pertolongan).

Persoalannya sekarang ialah sama ada mencari nusrah itu adalah fardhu (wajib), mandub (sunat), atau mubah (dibenarkan)?

Jika mencari nusrah adalah fardhu, maka kita diwajibkan untuk menggunakan kaedah ini dalam menubuhkan negara; dan dengan mengkaji isu ini, kami mendapati bahawa:

Mencari nusrah merupakan satu kewajipan (fardhu), dan dalilnya adalah bahawasanya Nabi SAW yang tidak mengubah kaedah ini walaupun menghadapi kesulian tatkala berusaha mendapatkannya. Baginda SAW berusaha mendapatkannya daripada Bani Thaqif, lalu mereka menjawabnya dengan keras sehingga menyebabkan kaki baginda SAW berdarah… Namun Nabi SAW tidak berubah kepada kaedah lain, sebaliknya baginda SAW terus berusaha mendapatkan nusrah daripada suku kaum lain. Baginda SAW memintanya daripada Bani Shayban, Bani Amir, dan lain-lain, secara keseluruhannya baginda telah berusaha mendapatkannya sebanyak sepuluh kali tanpa menerima sebarang maklumbalas yang positif. Sungguhpun demikian, baginda SAW tidak mengubah kaedahnya kepada yang lain meskipun terdapat kesulitan dalam melaksanakannya. Dalam usul fiqh, pengulangan perkara yang sama biarpun berdepan dengan kesusahan akibatnya, menunjukkan bahawa aktiviti tersebut merupakan suatu yang fardhu.

Oleh itu, mencari nusrah (dalam mendirikan negara) adalah fardhu… dan kaedah ini merupakan satu-satunya kaedah yang ditempuhi oleh Rasulullah SAW ke arah penubuhan negara, dan baginda SAW terus menggunakannya sehinggalah Allah SWT memuliakan kaum Ansar yang memberikannya bai’ah (sumpah taat setia) dalam Perjanjian Aqabah kedua, lalu baginda SAW berhijrah ke Madinah dan menubuhkan sebuah negara.

Inilah jawapan ringkas bagi orang yang mempunyai hati serta yang mendengar dan bersaksi dengan penuh keikhlasan. Manakala hujah orang yang degil pula dibantah sama sekali kerana di satu sudut dia berpuas hati untuk mencari dalil mengenai wudhuk, puasa, dan solat supaya dia dapat mengambil wudhuk, berpuasa, dan solat.. namun dari sudut lain pula, ia enggan untuk mencari dalil bagi perkara yang tidak ingin dilakukannya. Sedangkan dalam mendirikan negara (yang merupakan suatu kewajipan baginya, jika ia waras), tidak pula dia ingin mencari dalil berhubung kaedah mendirikan negara jika benar dia ingin melaksanakannya. Hanya ada satu dalil daripada Nabi SAW yang disampaikan kepada kita melalu perbuatan dan kata-kata baginda, iaitu menubuhkan negara dengan menggunakan kaedah mencari nusrah, yang dilakukan di akhir fasa interaksi dalam dakwah.. dan kaedah ini adalah fardhu. Inilah jawapan pendek dan tuntas bagi menjelaskan kaedah yang kita gunakan dalam menubuhkan negara.

Akhir kata, saya mengucapkan salam dan mendoakan agar Allah SWT membuka pintu-pintu kebaikan buat anda.

Saudara anda,

Ata bin Khalil Abu Al-Rashtah

2 Jamadil Awal 1438H | Isnin, 30 Januari 2017

(Terjemahan)