Hizbut Tahrir Malaysia
Laman rasmi Hizbut Tahrir Malaysia, sebahagian daripada sebuah parti politik Islam antarabangsa yang bertunjangkan mabda' (ideologi) Islam. Politik merupakan kegiatannya dan Islam adalah mabda'nya dalam misi mengembalikan kehidupan islam.

Dalil-dalil Keharaman Merayakan Krismas Menurut Pandangan Ulama

najib-krismasPerayaan Krismas Bersama yang melibatkan umat Islam masih marak terjadi. Meskipun Majlis Ulama Indonesia (MUI) telah mengeluarkan fatwa haramnya umat Islam terlibat dalam perayaan Krismas, namun ramai yang tidak mengendahkan fatwa tersebut. Bahkan, hampir tidak ada perayaan Krismas Bersama yang tidak dihadiri oleh penjawat awam atau tokoh politik. Toleransi dan persatuan kerapkali dijadikan sebagai dalihnya. Keadaan semakin parah ketika ada sejumlah ’ulama’ atau ’tokoh Islam’ yang membolehkan sikap tersebut dengan pelbagai dalil yang telah disimpangkan sedemikian rupa. Persoalannya, bagaimana sesungguhnya hukum melibatkan diri dalam perayaan Krismas dan hari raya agama-agama lain?

Haram Hadir Dalam Perayaan Kufur

Pada dasarnya, Islam telah melarang kaum Muslimin melibatkan diri dalam perayaan orang-orang kafir, apapun bentuknya. Melibatkan diri di sini mencakup aktiviti mengucapkan selamat, hadir di jalan-jalan untuk menyaksikan atau melihat perayaan orang-orang kafir, mengirim kad selamat dan sebagainya. Sedangkan maksud perayaan orang-orang kafir di sini mencakupi seluruh hari raya mereka, hari-hari suci mereka dan semua hal yang berkaitan dengan hari perayaan orang-orang kafir (Musyrik mahupun Ahli Kitab).

Ketentuan ini didasarkan pada firman Allah SWT;

وَالَّذِينَ لَا يَشْهَدُونَ الزُّورَ وَإِذَا مَرُّوا بِاللَّغْوِ مَرُّوا كِرَامًا

“Dan orang-orang yang tidak memberikan persaksian palsu dan apabila mereka bertemu dengan (orang-orang) yang mengerjakan perbuatan-perbuatan yang tidak berfaedah, mereka lalui (sahaja) dengan menjaga kehormatan dirinya” [Al-Furqan (25):72].

Menurut sebahagian besar Mufassirin, makna “al-zur” (kepalsuan) di sini adalah syirik (Imam al-Syaukani, Fath al-Qadir, juz 4, hal. 89). Beberapa Mufassirin seperti Abu ‘Aliyah, Thawus, Muhammad bin Sirrin, al-Dhahhak, al-Rabi’ bin Anas dan lainnya, mereka memaknai “al-zur” di sini sebagai hari raya kaum Musyrik. Lebih luas, Amru bin Qays menafsirkannya sebagai majlis-majlis yang buruk dan kotor (Imam Ibnu Katsir, Tafsir Ibnu Katsir, juz 3, hal. 1346).

Sedangkan kata “la yasyhaduna” menurut jumhur ulama’ bermakna la yahdhuruna al-zur (tidak menghadirinya) (Imam al-Syaukani, Fath al-Qadir, juz 4, hal. 89). Memang ada yang memahami ayat ini berkenaan dengan pemberian kesaksian palsu (syahadah al-zur) yang di dalam Hadts Sahih dikategorikan sebagai dosa besar. Akan tetapi, dari konteks kalimatnya, lebih tepat dimaknai la yahdhurunahu (tidak menghadirinya). Ini kerana dalam frasa berikutnya disebutkan:

وَإِذَا مَرُّوا بِاللَّغْوِ مَرُّوا كِرَامًا

“Dan apabila mereka melewati (orang-orang) yang mengerjakan perbuatan-perbuatan yang tidak berfaedah, mereka lalui (sahaja) dengan menjaga kehormatan dirinya” [Al-Furqan (25):72].

Dengan demikian, keseluruhan ayat ini memberikan pengertian bahawa mereka tidak menghadiri al-zur dan jika mereka melewatinya, maka mereka segera melaluinya serta tidak mahu terkotori sedikit pun olehnya (lihat Imam Ibnu Katsir, Tafsir Ibnu Katsir, juz 3, hal. 1346).

Berdasarkan ayat ini pula, banyak fuqaha’ yang menyatakan haramnya menghadiri perayaan hari raya kaum kafir. Imam Ahmad bin Hanbal berkata: “Kaum Muslimin telah diharamkan untuk merayakan hari raya orang-orang Yahudi dan Nasrani.” (Ibnu Tamiyyah, Iqtidha’ al-Sirath al-Mustaqim, hal.201).

Imam Baihaqi menyatakan, “Jika kaum Muslimin diharamkan memasuki gereja, apalagi merayakan hari raya mereka” (Ibnu Tamiyyah, Iqtidha’ al-Sairath al-Mustaqim, hal.201).

Imam al-Amidi dan Qadhi Abu Bakar al-Khalal menyatakan, “Kaum Muslimin dilarang keluar untuk menyaksikan hari raya orang-orang kafir dan musyrik” (Ibnu Tamiyyah, Iqtidha’ al-Sirath al-Mustaqim, hal.201).

Al-Qadhi Abu Ya’la al-Fara’ berkata, “Kaum Muslimin telah dilarang untuk merayakan hari raya orang-orang kafir atau musyrik” (Ibnu Tamiyyah, Iqtidha’ al-Sairath al-Mustaqim, hal. 201)

Imam Malik menyatakan, “Kaum Muslimin telah dilarang untuk merayakan hari raya orang-orang musyrik atau kafir atau memberikan sesuatu (hadiah) atau menjual sesuatu kepada mereka atau naik kenderaan yang digunakan mereka untuk merayakan hari raya mereka. Sedangkan memakan makanan yang disajikan kepada kita hukumnya makruh, baik dihantar atau mereka mengundang kita” (Ibnu Tamiyyah, Iqtidha’ al-Sirath al-Mustaqim, hal. 201).

Ibnu Qayyim al-Jauziyyah mengatakan, “Sebagaimana mereka (kaum Musyrik) tidak diperbolehkan menampakkan syiar-syiar mereka, maka tidak diperbolehkan pula bagi kaum Muslimin menyetujui dan membantu mereka melakukan syiar itu serta hadir bersama mereka. Demikian menurut kesepakatan ahli ilmu” (Ibnu Qayyim al-Jauziyyah, Ahkam Ahl al-Dzimmah, juz 1. hal. 235).

Abu al-Qasim al-Thabari mengatakan, “Tidak diperbolehkan bagi kaum Muslimin menghadiri hari raya mereka kerana mereka berada dalam kemungkaran dan kedustaan (zawr). Apabila ahli ma’ruf bercampur dengan ahli munkar, tanpa mengingkari mereka, maka ahli ma’ruf itu sebagaimana halnya orang yang meredhai dan terpengaruh dengan kemungkaran itu. Maka kita takut akan turunnya murka Allah atas jamaah mereka, yang meliputi secara umum. Kita berlindung kepada Allah dari murka-Nya (Ibnu Qayyim al-Jauziyyah, Ahkam Ahl al-Dzimmah, juz 1. hal. 235).

Abdul Malik bin Habib, salah seorang ulama Malikiyyah menyatakan, “Mereka tidak boleh dibantu sedikit pun pada hari perayaan mereka. Sebab, tindakan itu merupakan penghormatan terhadap kesyirikan mereka dan membantu kekufuran mereka dan para penguasa wajib melarang kaum Muslimin melakukan perbuatan tersebut. Ini adalah pendapat Imam Malik dan lainnya dan aku tidak mengetahui perselisihan tentang hal itu” (Ibnu Taimiyyah, Majmu’ al-Fatawa, juz 6 hal 110).

Pada masa-masa kejayaan Islam, pemerintahan Islam saat itu -sejak masa Rasulullah SAW-, kaum Muslimin tidak diperbolehkan merayakan hari raya Ahlu al-Kitab dan kaum musyrik. Dari Anas ra bahawa ketika Rasulullah SAW datang ke Madinah, mereka memiliki dua hari raya yang mereka rayakan, baginda pun bersabda:

قَدْ أَبْدَلَكُمْ اللَّهُ بِهِمَا خَيْرًا مِنْهُمَا : يَوْمَ الْأَضْحَى وَيَوْمَ الْفِطْرِ

“Sungguh Allah SWT telah mengganti dua hari itu dengan dua hari yang yang lebih baik daripada keduanya, iaitu Idul Adha dan Idul Adha” (HR Abu Daud dan al-Nasa’i dengan sanad yang sahih).

Pada masa pemerintahan Khalifah Umar bin al-Khatthab, beliau juga telah melarang kaum Muslimin merayakan hari raya orang-orang kafir. Imam Baihaqi telah menuturkan sebuah riwayat dengan sanad sahih dari Atha’ bin Dinar, bahawa Umar RA pernah berkata,

لَا تَعَلَّمُوا رَطَانَةَ الْأَعَاجِمِ وَلَا تَدْخُلُوا عَلَى الْمُشْرِكِينَ فِي كَنَائِسِهِمْ يَوْمَ عِيدِهِمْ فَإِنَّ السُّخْطَ يَنْزِلُ عَلَيْهِمْ

“Janganlah kalian menmempelajari bahasa-bahasa orang-orang Ajam. Janganlah kalian memasuki kaum Musyrik di gereja-gereja pada hari raya mereka. Sesungguhnya murka Allah SWT akan turun kepada mereka pada hari itu” (HR Baihaqi).

Umar bin al-Khatthab RA juga mengatakan:

اجْتَنِبُوا أَعْدَاءَ اللَّهِ فِي عِيدِهِمْ

“Jauhilah musuh-musuh Allah pada di hari raya mereka.”

Demikianlah, Islam telah melarang umatnya melibatkan diri di dalam perayaan hari raya orang-orang kafir, apapun bentuknya. Melibatkan diri di sini mencakup perbuatan mengucapkan selamat, hadir di jalan-jalan untuk menyaksikan atau melihat perayaan orang kafir, mengirim kad selamat dan sebagainya. Adapun perayaan orang kafir di sini mencakup seluruh hari raya, hari-hari orang suci mereka dan semua hal yang berkaitan dengan hari perayaan orang-orang kafir (musyrik mahupun ahlul kitab).

Melenyapkan Syubhat

Di antara ayat sering digunakan untuk membolehan ucapan selamat hari Krismas adalah firman Allah SWT:

وَالسَّلَامُ عَلَيَّ يَوْمَ وُلِدْتُ وَيَوْمَ أَمُوتُ وَيَوْمَ أُبْعَثُ حَيًّا

“Dan kesejahteraan semoga dilimpahkan kepadaku, pada hari aku dilahirkan, pada hari aku meninggal dan pada hari aku dibangkitkan hidup kembali” [Maryam (19):33].

Memang dalam ayat ini disebutkan tentang keselamatan pada hari kelahiran Nabi Isa. Akan tetapi, itu tidak ada kaitannya dengan ucapan selamat hari Krismas. Sebab, Krismas adalah perayaan dalam rangka memperingati kelahiran Jesus di Bethlehem. Sejak abad keempat Masehi, pesta atau perayaan Krismas ditetapkan tanggal 25 Desember, menggantikan perayaan Krismasis Solis Invioti (kelahiran matahari yang tidak terkalah).

Telah maklum bahawa keyakinan Nasrani terhadap Isa as -yang mereka sebut Jesus- adalah sebagai Tuhan dan keyakinan ini menjadi salah satu penyebab kekufuran mereka. Banyak sekali ayat menegaskan hal ini, seperti firman Allah SWT:

لَقَدْ كَفَرَ الَّذِينَ قَالُوا إِنَّ اللَّهَ هُوَ الْمَسِيحُ ابْنُ مَرْيَمَ وَقَالَ الْمَسِيحُ يَا بَنِي إِسْرَائِيلَ اعْبُدُوا اللَّهَ رَبِّي وَرَبَّكُمْ إِنَّهُ ُ مَنْ يُشْرِكْ بِاللَّهِ فَقَدْ حَرَّمَ اللَّهُ عَلَيْهِ الْجَنَّةَ وَمَأْوَاهُ النَّارُ وَمَا لِلظَّالِمِينَ مِنْ أَنْصَارٍ

“Sesungguhnya telah kafirlah orang-orang yang berkata: “Sesungguhnya Allah adalah Al Masih putra Maryam”, padahal Al Masih (sendiri) berkata: “Wahai Bani Israel, sembahlah Allah Tuhanku dan Tuhanmu.” Sesungguhnya orang yang mempersekutukan (sesuatu dengan) Allah, maka pasti Allah mengharamkan kepadanya syurga dan tempatnya ialah neraka. Tidaklah ada bagi orang-orang zalim itu seorang penolong pun” (Al-Maidah (5):72].

لَقَدْ كَفَرَ الَّذِينَ قَالُوا إِنَّ اللَّهَ ثَالِثُ ثَلَاثَةٍ وَمَا مِنْ إِلَهٍ إِلَّا إِلَهٌ وَاحِدٌ وَإِنْ لَمْ يَنْتَهُوا عَمَّا يَقُولُونَ لَيَمَسَّنَّ الَّذِينَ كَفَرُوا مِنْهُمْ عَذَابٌ أَلِيمٌ

“Sesungguhnya telah kufurlah orang-orang yang mengatakan: “Bahawasanya Allah salah satu dari yang tiga”, padahal sekali-kali tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) selain Tuhan Yang Esa. Jika mereka tidak berhenti dari apa yang mereka katakan itu, pasti orang-orang yang kafir di antara mereka akan ditimpa seksaan yang pedih. Maka mengapa mereka tidak bertaubat kepada Allah dan memohon ampun kepada-Nya? Dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang” [Al-Maidah (5):73-74).

Berdasarkan dari fakta di atas, perayaan Krismas yang merayakan ‘kelahiran Tuhan’ merupakan sebuah kemungkaran yang besar. Sikap yang seharusnya diambil oleh kaum Muslimin terhadap pelakunya (kaum Kristian) adalah menjelaskan kesesatan mereka dan mengajak mereka ke jalan yang benar yakni Islam. Bukan sebaliknya mengucapkan selamat terhadap mereka. Tindakan tersebut dapat diertikan sebagai sikap redha dan cenderung terhadap kemungkaran besar yang mereka lakukan. Padahal Allah SWT berfirman:

وَلَا تَرْكَنُوا إِلَى الَّذِينَ ظَلَمُوا فَتَمَسَّكُمُ النَّارُ وَمَا لَكُمْ مِنْ دُونِ اللَّهِ مِنْ أَوْلِيَاءَ ثُمَّ لَا تُنْصَرُونَ

“Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang zalim yang menyebabkan kamu disentuh api neraka dan sekali-kali kamu tidak mempunyai seorang penolong pun selain daripada Allah, kemudian kamu tidak akan diberi pertolongan” [Hud (11):113).

Menurut Abu al-Aliyah, makna kata “al-rukun” adalah redha. Ertinya redha terhadap perbuatan orang-orang zalim. Ibnu Abbas memaknainya sebagai al-mayl (cenderung). Sedangkan menurut al-Zamakhsyari, “al-rukun” bukan sekadar al-mayl, namun al-mayl al-yasir (kecenderungan ringan). Ini bermakna, setiap Muslim wajib membebaskan dirinya dari kezaliman. Bukan hanya dalam praktik, namun sekadar kecenderungan sedikit sahaja sudah tidak diperbolehkan.

Jelaslah, haram hukumnya kaum Muslimin terlibat dalam perayaan hari raya kaum kaum kafir, baik kafir Musyrik mahupun Ahli Kitab.

Wallahu a’lam bi al-Sawab (Ustadz Rokmat S. Labib).

Sumber: hizbut-tahrir.or.id