Hizbut Tahrir Malaysia
Laman rasmi Hizbut Tahrir Malaysia, sebahagian daripada sebuah parti politik Islam antarabangsa yang bertunjangkan mabda' (ideologi) Islam. Politik merupakan kegiatannya dan Islam adalah mabda'nya dalam misi mengembalikan kehidupan islam.

Kenyataan Media: Tidak Cukup Dengan Fitnah, Jurucakap Dan Tiga Lagi Anggota Hizbut Tahrir Didakwa Pihak Berkuasa Agama Selangor

Kenyataan Media

Tidak Cukup Dengan Fitnah, Jurucakap Dan Tiga Lagi Anggota Hizbut Tahrir Didakwa Pihak Berkuasa Agama Selangor

Jurucakap Hizbut Tahrir Malaysia (HTM), Abdul Hakim Othman, bersama tiga lagi anggota Hizbut Tahrir yang lain, Wan Noorul Hisham Wan Salleh, Hishamudin Ibrahim dan Sopian Jahir pada hari ini telah didakwa di Mahkamah Syariah Hulu Langat, Selangor. Abdul Hakim dituduh di bawah Seksyen 12 (c) Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995 atas kesalahan menghina kuasa yang sah atau mengingkari, melanggar atau mempertikaikan perintah atau arahan Mufti, dengan mengadakan sidang media pada 4 Disember 2015 di pejabat HTM di No 47-1, Jalan 7/7A, Seksyen 7, Bandar Baru Bangi, Selangor. Seksyen tersebut memperuntukkan hukuman denda maksimum RM3,000 atau penjara sehingga dua tahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan. Manakala tiga yang lain didakwa bersubahat mengikut Seksyen 46 (b) Enakmen sama yang memperuntukkan hukuman yang sama jika sabit kesalahan. Pendakwaan dikendalikan Ketua Pendakwa Syarie Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Abdul Syukor Abdul Hamid.

Semasa pertuduhan dibacakan di dalam mahkamah, Abdul Hakim meminta agar mahkamah membatalkan kes tersebut, kerana fatwa yang dikeluarkan oleh Mufti Selangor merupakan suatu fitnah, pembohongan dan kekeliruan ke atas Hizbut Tahrir. Hizbut Tahrir telah pun menyerahkan bantahan/jawapan rasmi kepada Jabatan Mufti Selangor pada 28 Jun 2016 dengan menjelaskan secara terperinci kesemua butiran yang terdapat di dalam fatwa tersebut dan meminta agar Mufti menarik balik fatwa yang sarat dengan fitnah, pembohongan dan kekeliruan itu. Namun sehingga kini pihak Mufti bukan sahaja tidak menarik balik, malah tidak pun menjawab bantahan/jawapan yang dikemukakan. Atas dasar yang sama, keempat-empat anggota Hizbut Tahrir itu telah pun menyerahkan satu Representasi kepada Abdul Syukor Abdul Hamid pada 17 Februari 2017 agar membatalkan pendakwaan kes ini, namun tidak dijawab oleh Ketua Pendakwa Syarie itu sehinggalah ke hari ini.

Semasa berhujah di dalam mahkamah, Jurucakap HTM seterusnya meminta mahkamah menangguhkan perbicaraan kes ini jika pun tidak mahu membatalkannya. Ini kerana, Hizbut Tahrir telah pun memfailkan Semakan Kehakiman di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam, memohon agar Mahkamah Tinggi Syariah mengarahkan Mufti dan Jawatankuasa Fatwa Selangor menarik balik fatwa yang berniat jahat ke atas Hizbut Tahrir itu.

Kami, Hizbut Tahrir Malaysia, mengambil kesempatan sekali lagi di sini untuk meminta Mufti dan/atau Jawatankuasa Fatwa Selangor dan/atau pihak berkuasa agama di Selangor menarik balik fatwa tersebut dan seterusnya mengarahkan Ketua Pendakwa Syarie untuk menggugurkan kes pendakwaan terhadap empat orang anggota kami. Kalian telah memfitnah kami dan menyebarkan pembohongan terhadap Hizbut Tahrir, kemudian kalian tidak memberi ruang untuk pihak kami menjawab dan menutup pintu kepada segala perbincangan. Adakah hal ini diajarkan oleh Islam? Adakah mengadakan sidang media untuk menjelaskan kebenaran dan menjawab fitnah merupakan satu kesalahan di dalam Islam, sehingga anggota Hizbut Tahrir didakwa kerananya? Bukankah hujah sepatutnya dijawab dengan hujah, namun kalian telah menjawab hujah dengan “kekuasaan”?

Kami dengan ini sekali lagi menawarkan kepada kalian untuk kita duduk berbincang secara baik, ilmiah dan ukhuwwah serta penuh keadilan sebagaimana yang dianjurkan oleh Islam, sama ada secara tertutup mahupun terbuka. Kami mendoakan agar Allah (swt) membuka pintu hati kalian kepada kebaikan dan semoga Allah (swt) sentiasa memandu kita di jalan kebenaran. Ingatlah peringatan Allah (swt):

﴿إِنَّ الَّذِينَ فَتَنُوا الْمُؤْمِنِينَ وَالْمُؤْمِنَاتِ ثُمَّ لَمْ يَتُوبُوا فَلَهُمْ عَذَابُ جَهَنَّمَ وَلَهُمْ عَذَابُ الْحَرِيقِ﴾

 “Sesungguhnya orang-orang yang mendatangkan cubaan kepada orang-orang yang beriman lelaki dan perempuan, kemudian mereka tidak bertaubat, maka bagi mereka azab (neraka) Jahannam dan bagi mereka azab (neraka) yang membakar” [Al-Buruj (85):10].

Pejabat Media Hizbut Tahrir Malaysia

Selasa, 01 Jamadil Akhir 1438 H
28/02/2017 M
Ruj: HTM/PR/04/1348


Press Release

Not Content with Defamation, the Spokesperson and Three Other Members of Hizb ut Tahrir were Charged by the Selangor Religious Authorities

The spokesperson of Hizb ut Tahrir / Malaysia (HTM), Abdul Hakim Othman, together with three other members of the party, Wan Noorul Hisham Wan Salleh, Hishamudin Ibrahim and Sopian Jahir were charged at the Hulu Langat Shariah Court in Selangor today. Abdul Hakim was charged under Section 12 (c) of the Shariah Criminal Offences (Selangor) Enactment 1995 for acting in contempt of the lawful authority, or defies, disobeys or disputes the lawful orders or directions, of the Mufti, expressed or given by way of a fatwa, in holding a press conference on 4 December 2015 at the office of HTM at No 47-1, Jalan 7/7A, Section 7, Bandar Baru Bangi, Selangor. The section provides a maximum fine of RM3,000 or jailed up to two years or both, upon conviction. Three others were charged with abetment (engages in the conspiracy) under Section 46 (b) of the same Enactment which carries the same punishment, upon conviction. The prosecution was conducted by the Chief Shariah Prosecutor of the Selangor Islamic Religious Department (JAIS), Abdul Syukor Abdul Hamid. The four pleaded not guilty to the charges.

Right after the charge was read out in court, Abdul Hakim requested that the court dismiss the case, because the fatwa issued by the Mufti is full of defamation, lies, fabrication and confusion on Hizb ut Tahrir. Hizb ut Tahrir had already handed over the official objections/answers to the Mufti on 28 June 2016 answering the details of all points in the fatwa and had requested that the Mufti retract the fatwa that is laden with defamation, lies, fabrication and confusion. However, the request has neither been answered nor the fatwa retracted. On the same basis, the four members of Hizb ut Tahrir submitted a Representation to the said Chief Shariah Prosecutor on 17 February 2017 to not proceed with the prosecution, but this was not attended to until now.

In his argument in court, HTM’s Spokesman requested the court to adjourn the case if it refuses to withdraw it, due to the fact that an application for a Judicial Review has already been filed at the Shariah High Court, Shah Alam, applying for a court’s order to retract the malicious fatwa.

Again, we, Hizb ut Tahrir / Malaysia would like to take the opportunity to ask the Mufti and/or the Fatwa Committee and/or the religious authorities of Selangor, to retract the fatwa and instruct the Chief Shariah Prosecutor to retract the prosecution’s case against our four members. You have defamed us and spread falsehood towards Hizb ut Tahrir, have not given us room to answer the malicious fatwa and close all doors for discussion. Is this in line with Islam? Is holding a press conference to explain the truth and to answer defamation, an offense in Islam, that members of Hizb ut Tahrir are prosecuted for doing so? Shouldn’t arguments be answered with arguments, but you have answered arguments with “power” instead!

For the umpteenth time, we invite you to sit down and have a virtuous, intellectual, brotherhood-based and fair discussion, as enjoined by Islam, whether privately or openly. We pray that Allah (swt) open your hearts to goodness and may Allah (swt) always guide us on the right path. And do take heed of the warning of Allah (swt):

﴿إِنَّ الَّذِينَ فَتَنُوا الْمُؤْمِنِينَ وَالْمُؤْمِنَاتِ ثُمَّ لَمْ يَتُوبُوا فَلَهُمْ عَذَابُ جَهَنَّمَ وَلَهُمْ عَذَابُ الْحَرِيقِ

Verily, those who put into trial believing men and believing women, and then do not turn in repentance, then they will have the torment of Hell, and they will have the punishment of the burning Fire” [Al-Burooj: 10].

Media Office of Hizb ut Tahrir in Malaysia

28/02/2017 CE
Ref: HTM/PR/04/1438
Tuesday, 01st Jumada II 1438 AH