Hizbut Tahrir Malaysia
Laman rasmi Hizbut Tahrir Malaysia, sebahagian daripada sebuah parti politik Islam antarabangsa yang bertunjangkan mabda' (ideologi) Islam. Politik merupakan kegiatannya dan Islam adalah mabda'nya dalam misi mengembalikan kehidupan islam.

Amerika Syarikat Secara Rasmi Iktiraf Baitul Maqdis Sebagai Ibu Negara “Israel”

BERITA

PRESIDEN Amerika Syarikat, Donald Trump hari ini mencipta sejarah sebagai presiden pertama Amerika Syarikat mengiktiraf secara rasmi Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel.

Pada masa yang sama, beliau mengumumkan pelan memindahkan pejabat kedutaan Amerika Syarikat dari Tel Aviv ke Baitulmaqdis.

Bagaimana pun Trump mengakui pengiktirafan ini tidak akan mengubah status quo Baitumaqdis sebagai kota suci kepada tiga agama.

“Baitulmaqdis bukan sahaja kota suci kepada tiga agama (Islam, Yahudi dan Kristian), ia adalah jantung kepada demokrasi paling berjaya di dunia,” kata Trump dalam sidang media sekitar pukul 2.10 minit pagi waktu Malaysia.

Berita penuh: http://www.astroawani.com


KOMENTAR

Sudah terang lagi bersuluh demokrasi adalah senjata barat yang bertujuan untuk memecahbelahkan umat, merompak tanah-tanah penduduk tempatan dari pelbagai belahan dunia, menjual maruah manusia dan merupakan punca pada segala macam hal yg membawa kerosakan dan kehancuran! Sejak dari dulu, barat telah mendukung entiti penjajah “Israel” mengatasnamakan demokrasi, melalui demokrasi juga Barat “memaafkan” diri mereka sendiri dan sekutu mereka atas segala bentuk penjajahan, pencerobohan dan jenayah terang-terangan yang mereka lakukan. Juga mahukan seluruh dunia melakukan hal yang sama. Jadi mengapa masih ada yang berharap pada demokrasi?? Kenapa berharap pada virus punca penyakit untuk menyembuhkan penyakit??

Bukalah mata anda, terimalah hakikat dan realiti akan #demokrasisistemgagal yang sengaja diciptakan. Para pemimpin barat dengan jelas dan lantang menyatakan keangkuhan mereka menjunjung tinggi demokrasi sebagai alat penjajah kemudian dijadikan alat “kemerdekaan” palsu. Inilah alasan mengapa perlu kita menolak #demokrasi dan kembali beralih pada sistem bernegara yakni sebuah pemerintahan Islami yang berkesinambungan dari pemerintahan Rasulullah saw yakni Khilafah ala minhaj Nubuwwah yang ditunjukkan oleh Islam. Ini bukan teori, ini kenyataan dengan pelbagai bukti, hujah dan sokongan. Janganlah menjadi sebahagian dari orang yang mendukung sistem thaghut. Yang menjadi asbab panjangnya nyawa “ideologi kufur” dan berlarutannya kemusnahan.

“Apakah kamu tidak memperhatikan orang-orang yang diberi bahagian dari Al-Kitab ? Mereka percaya kepada jibt dan thagut, dan mengatakan kepada orang-orang Kafir (musyrik Mekah), bahawa mereka itu lebih benar jalannya dari orang-orang yang beriman.” [An-Nisa: 51]

“Sesungguhnya orang-orang yang kembali ke belakang (kepada kekafiran) sesudah petunjuk itu jelas bagi mereka, syaitan telah menjadikan mereka mudah (berbuat dosa) dan memanjangkan angan-angan mereka. Yang demikian itu kerana sesungguhnya mereka (orang-orang munafik) itu berkata kepada orang-orang yang benci kepada apa yang diturunkan Allah (orang-orang yahudi) ; Kami akan mematuhi kamu dalam beberapa urusan, sedang Allah mengetahui rahsia mereka.” [Muhammad: 25-26]

“Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu ambil menjadi teman kepercayaanmu orang-orang yang diluar kalanganmu (kerana) mereka tidak henti-hentinya (menimbulkan) kemudharatan bagimu. Mereka menyukai apa yang menyusahkan kamu. Telah nyata kebencian dari mulut mereka, dan apa yang disembunyikan oleh hati mereka adalah lebih besar lagi. Sungguh telah Kami terangkan kepadamu ayat-ayat (Kami), jika kamu memahaminya. [Ali-Imran: 118]

#KembaliPadaIslam
#KhilafahSolusiTunggal
#SejarahBerbicara

Sumber Facebook Muslimah Hizbut Tahrir Malaysia